[UPDATE] Dedah Sebab Lain Punca Sebenar Bunuh Pelajar - Pelajar Tahfiz !


“DARI awal tahun lagi, budak-budak di kawasan taman di sini mula berselisih faham dengan pelajar (Tahfiz Darul Ittifaqiyah), kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan pusat tahfiz ini,” kata Mohammad Azhari Mahmod, 40, Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.



Mohammad Azhari berkata, sejak awal tahun ini pelajar kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik DBKL.



Menurutnya, pelajar tahfiz berkenaan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu.



Katanya, bagaimanapun dia menasihati pelajarnya supaya mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.



“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar.




“Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz berkenaan sebelum menunaikan solat Isyak,” katanya.



Menurutnya, dia menegur pelajar supaya jangan bermain mercun namun pelajar menafikan mereka yang bermain bahan letupan itu sebaliknya terdapat individu yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.




“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.



Menurutnya, dia bersyukur selepas pihak berkuasa berjaya mengenal pasti punca kejadian sekaligus menjelaskan kejadian kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pentadbiran.



“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.



Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.



Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan enam daripadanya positif dadah ketika ditahan.




Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini mengakui pernah menegur salah seorang remaja yang ditahan polis berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.



Hamat Yani Rahidin, 45, berkata, dia yang telah bekerja di kawasan taman ini sejak tujuh bulan lalu pernah terserempak remaja terbabit dengan sekumpulan rakannya.



“Remaja dan rakan-rakannya itu sering hadir ke sini..lepak-lepak.



“Saya ada menghampiri kepada remaja itu kerana melihatnya merokok. Saya tegur dia…tapi dia melawan,” katanya ketika ditemui, hari ini.



Menurutnya, tujuan menegur adalah kerana ini merupakan tempat awam dan tidak sepatutnya ada aktiviti merokok dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang melihatnya.



Katanya, remaja itu (suspek) bagaimanapun memarahi dia semula kerana teguran itu dengan menuduhnya menyibuk dan sebagainya.



Sumber : HarianMetro

5 Gambar Selanjutnya Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah dan masukkan Password ( 1234 )

loading...
loading...
Share on Google Plus

About OH! GILA MEDIA

0 comments:

Post a Comment