Tak Puas dengan alat Kemaluan Suami kecil, Luahan Istri Tersiksa Batin Minta Cerai ?


"Anu dia kecil. Batin Saya Tak Puas Bila Bersamanya.." | Berikut merupakan luahan seorang isteri yang menderita akibat alat sulit suaminya kecil sehingga batinnya tidak puas bila bersama.


Assalamualaikum ustaz.

Macam ni ustaz. Sekarang ni saya tak tau nak buat keputusan. Saya ingin menuntut cerai dengan suami saya, tapi dia ugut saya macam-macam!! Dia minta kat saya RM10,000 bila saya dah bagi baru dia akan lepaskan saya?

So sekarang ni saya tak tau nak buat keputusan macam mana. Saya nak bercerai sebab saya dengan dia selalu bergaduh.

Lagi satu batin saya tak puas bila bersama dengan dia sebab dia punya kecik. Dia ramai perempuan, main nombor dan main judi.

Kalau boleh saya ingin minta nasihat dari ustaz apa yang patut saya buat?

~ Putri.

Luahan Isteri Tersiksa Batin Zakar Suami Kecil
Gambar hiasan.

Jawapan:

Lama Ustaz Love mengambil masa untuk memikirkan macam mana nak menjawab persoalan ni. Biasanya seorang wanita itu masih boleh memaafkan seorang lelaki yang melakukan maksiat seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, namun amat jarang seorang wanita itu mampu untuk memaafkan seorang lelaki yang curang kepadanya. Bila disebut kaki perempuan, bermakna suami itu seorang yang curang dengan ramai perempuan. Sikap suka berfoya-foya dengan perempuan ini merupakan tabiat yang paling susah untuk ditinggalkan, kerana dalam kehidupan seorang lelaki, nafsunya lebih memfokus kepada keperluan nafsunya yang melibatkan wanita. Berbanding wanita yang nafsunya lebih memfokus kepada kebendaan, makanan yang sedap dan sebagainya. Sebab itu wanita tak cerewet sangat dalam memilih pasangan hidup, berbanding lelaki yang kalau boleh nak diselidik luar dalam sebelum memutuskan untuk mengambil seorang wanita sebagai isteri. Kalau boleh nak isteri yang cantik dan berkulit cerah, walaupun beliau sendiri seorang yang gelap dan hensem sikit daripada Doraemon.

Bagi Ustaz Love, puan mungkin tak dapat nak menerima kehidupan sosial suami yang suka berfoya-foya itu. Jadi, puan cuba mencari segala kelemahannya yang lain sebagai penguat hati dalam membuat keputusan untuk bercerai. Salah satunya dengan mengambil kelemahan fizikalnya sebagai sebab.

Apa punca yang selalu bergaduh tu, Ustaz Love pun tak pasti. Cuma biasanya bila seorang isteri itu tak dapat kepuasan batin, kepalanya akan jadi berserabut. Orang tua kata air tak lepas. Jadi, ia menyebabkan perkara-perkara lain yang remeh-temeh pun boleh dijadikan punca untuk bergaduh. Macam orang tengah sakit gigi, walaupun yang sakit itu giginya, tetapi beliau tak boleh tahan kalau orang bising-bising tepi telinganya (walaupun telinganya sihat walafiat). Ada kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan 2 faktor utama iaitu kewangan dan kepuasan nafsu.

Apa pun, puan kena banyak bersabar dulu dan cuba mencari jalan untuk memulihkan masalah ini. Kepuasan batin itu sebenarnya bukan semata-mata datang dengan barang yang besar. Saiz orang Asia ni memang comel-comel saja. Tak boleh la nak dibandingkan dengan saiz orang Afrika. Dan menurut seorang pakar sakit tuan, kepuasan itu biasanya didapati melalui teknik dan cara bagaimana seorang suami itu memuaskan isterinya, dan bukannya bagaimana besarnya barang suaminya itu. Kalau besar macam barang kuda sekalipun, tapi cepat kalah, masih lagi boleh dipertikaikan kemampuannya.

Begitu juga dengan isteri, bukannya isteri yang berbarang besar saja yang akan memberikan kepuasan kepada suami, sebaliknya ia banyak bergantung kepada layanan isteri itu sendiri sama ada nak menjadi heroin atau sekadar menjadi pak pacak.

Variasi teknik dan kaedah permainan itu sendiri sangat penting dalam perhubungan suami isteri. Tak perlu la Ustaz Love nak terangkan panjang lebar kat sini. Nanti jadi kitab “Permata Yang Hilang” versi baru pulak nanti. Ilmu ini boleh diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidangnya. Nak tanya kat mak pun boleh kalau tak malu. Hihi.

Bukanlah Ustaz Love nak menghalang puan bercerai, tetapi Ustaz Love nak puan sedar bahawa implikasi perceraian itu sendiri sangat besar. Jika puan sudah bersedia untuk menerima ujian hidup bagi seseorang yang berstatus janda, itu tak menjadi masalah. Setakat RM10,000 tu boleh saja buat loan dengan bank ke. Tapi, ada perkara yang kita tak mampu nak nilai dengan duit, iaitu kebahagiaan.

Sebelum puan membuat keputusan yang lebih nekad, sebaiknya puan berbincang dengan suami elok-elok. Jangan ikutkan sangat darah muda tu. Banyakkan bersabar. Jika perbincangan berdua tak mampu nak selesaikan masalah, puan libatkan sekali pihak ibu bapa. Biar mereka pula berikan pandangan dan nasihat. Kadang-kadang ibu bapa ni malas nak campur hal rumahtangga anak-anak sebab takut dikatakan suka menyibuk, suka jaga tepi spender dan sebagainya. Jika diminta nasihat daripada mereka, insyaAllah mereka rela saja memberikannya.

InsyaAllah, bila masalah komunikasi antara puan suami isteri dapat diselesaikan, banyak masalah dapat diselesaikan juga. Kalau tak dapat nak berkomunikasi dengan baik, macam mana nak selesaikan masalah, ye tak? Mungkin nanti suami akan cuba berubah dengan meninggalkan tabiat buruknya dan cuba sedaya upayanya untuk memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada isterinya walaupun senjatanya kecil.

Dan yang paling penting, puan kena banyakkan berdoa. Jaga betul-betul solat fardhu dan banyakkan solat sunat serta bersedekah, insyaAllah masalah puan akan selesai. Solat itu sendiri adalah merupakan benteng daripada segala kejahatan dan doa itu adalah senjata. Jika puan menjaganya dengan baik, insyaAllah puan akan diberikan kebaikan dalam hidup. - Ustaz Love

5 Gambar Selanjutnya Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah dan masukkan Password ( 1234 )

loading...
loading...
Share on Google Plus

About OH! GILA MEDIA

2 comments: