[Update] Ini tindakan berani yang mengejutkan ramai keluarga mangsa selepas dapat tahu anggota TLDM rupanya telah DIDERA dan DIBUNUH…



Ini tindakan berani keluarga mangsa selepas dapat tahu anggota TLDM rupanya telah DIDERA dan DIBUNUH…

Selepas mendapat tahu kematian dua anggota TLDM rupanya dibunuh, keluarga kepada Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, yang meninggal dunia petang Jumaat lalu dipercayai didera, sudah bertindak melantik peguam.

Ibunya, Maimum Yasok, 61, berkata, dia sekeluarga menyerahkan kejadian itu kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
“ Saya mahu keadilan kerana kehilangan anak yang banyak berjasa kepada keluarga dan sering memberi wang belanja bulanan kepada saya.”

Kakak sulung kepada arwah, Nik Noorliliwati Nik Mat, berkata perkara itu dimaklumkan keluarga isteri Nik Muhammad Baihaqy bahawa mereka sudah melantik peguam sebaik saja mengetahui kematian arwah akibat dibunuh.

Katanya, tindakan itu dibuat atas persetujuan semua ahli keluarga yang mahu pihak tidak bertanggungjawab itu menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya sehingga membawa kematian kepada anak kelapan daripada 10 beradik itu.

“ Kami tidak sangka dan cukup terkejut kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai daripada penderaan, bukannya kematian mengejut seperti dimaklumkan polis sebelum ini.”

“ Kesalahan arwah hanya sekadar tatatertib, namun dihukum sehingga meragut nyawa dan menjadi kes bunuh. Saya cukup kecewa dengan kawalan TLDM yang membiarkan insiden ini berlaku.”
“ Apa yang berlaku sekalipun, ahli keluarga akan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menegakkan keadilan, terutama untuk tiga anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga empat tahun,” katanya ketika ditemubual, hari ini.

Jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy atau dipanggil Eqiey yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, selamat dikebumikan pada jam 5.50 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anaknya, Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.

Manakala, adik iparnya, Lokman Hakim Zakaria, 27, berkata keluarganya kesal dengan insiden yang berlaku dan akan memperjuangkan hak arwah bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan.

“ Isteri dan tiga anaknya yang masih kecil perlu mendapat keadilan kerana mereka sudah hilang tempat perlindungan. Saya tidak dapat bayangkan keadaan mereka terutama anaknya yang tidak sempat kenal lama bapanya. ”

“ Jika arwah melakukan kesalahan sekalipun, bukan dengan cara dera sehingga membawa kematian. Apapun, kami akan tuntut keadilan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Muhammad Lailatulman, Liya Asmira Yahya, 24, berkata,”saya hanya mahukan pembelaan terhadap kematian suami. ”
Nur Liya Asmira yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu mengakui terkilan sebaik mendapat tahu punca sebenar kematian suami tersayang.
Nur Liya Asmira yang ditemui di kediamannya di Kampung Bagus, menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya dan hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira yang berusia empat bulan.

Dia turut meminta pihak media memberi ruang kepadanya kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.

Polis sudah mengklasifikasi kejadian ini sebagai kes bunuh selepas laporan bedah siasat forensik mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mangsa dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.
Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun dan mereka telah ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.
*************
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Salam takziah untuk kelaurga arwah. Semoga tabah dengan ujian Allah ini. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Silakan SHARE

Sumber : Berita Harian, Harian Metro via SembangMedia
Tagged Anggota TLDM Dibunuh

Post navigation

” Saya isteri pertama yang tiada anak setelah 10 tahun berkahwin. Madu suruh suami buat pilihan sama ada pilih dia dan anaknya atau saya. Ya Allah, beratnya dugaan ini… “
” Suami cakap nak ceraikan saya sebab dia dah jatuh cinta dengan seorang janda yang memiliki ciri2 wanita idamannya, kurus, cantik dan hebat di ranjang… “

5 Gambar Selanjutnya Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah dan masukkan Password ( 1234 )

loading...
loading...
Share on Google Plus

About OH! GILA MEDIA

0 comments:

Post a Comment